April 28, 2013

KOLEJ MATRIKULASI JOHOR !

By The Name Of Allah
Assalamualaikum



Hello everyone! So, entry kali ni adea buat khas untuk adik Fatin Natasya and Syazana. First of all. Maaf sebab lambat update sebab ada masalah teknikal yang tak dapat dielakkan. HAHA. Btw, hopefully apa yang adea nak share ni dapat bagi manfaat kat semua yang baca ni okay :). Oh ye, thank youuu soo muccch sebab beri pujian pasal blog akak ni hah. Takde la hebat mane pun sebenarnyer. HEHE. Thanksss A lot ! :)



Cara Pembelajaran :


Cara belajar kat sane memang penat sikit. Yelahh, name pun shortcut kan. Kenelahh kerja keras sikit k :) Kat sane memang banyak sangat assignment kene hantar. Kalau suke bertangguh memang korang tak kan berjaya. Jangan bazirkan masa korang untuk bende bende yang tak berfaedah. Nanti menyesal tak sudah. Kene bijak gunakan masa. Masa kat matrik macam emas. Then, if korang tak faham tentang topik topik tertentu, terus g jumpe lecterur k. Tanyelaa sampai korang faham k. Jangan tangguh tangguh, sebab pembelajaran kat sane sangat laju. Lecterur kat sane tak garang. semua sporting :). Untuk account student kelas dari pukul 8 pagi sampai 4 petang. 1-2 petang rehat. Takde kelas malam. Kadang kadang jer ade. Ikot lecterur masing masing. Tapi ikot jadual korang gak. Kadang kadang ada jer kelas yang start pukul 9 or 10 pagi. so korang boleh la pergi breakfast dulu. Tapi pukul 8 pagi tuhh memang tak boleh berada kat kolej kediaman dah. Kalau bab nota pulak, jangan risau sebab semua nota lect ada sediakan copy untuk student. The most important things adalah korang kena FOCUS dalam kuliah. Sebab nota tuhh korang kena add on macam macam apa yang lecturer cakap dalam kuliah. Kuliah kat sana 2jam. Tutorial 1 jam. Kuliah belajar dalam satu kelompok yang ramai. Kalau Tutorial pulak ikut Praktikum masing-masing. Prktikum tuhh kira mcam kelas korang laaa. Tapi dalam kelompok yang kecik. Kalau Account Student biasanya tak ramai. Dalam 12-15 orang mcam tuhh dalam 1 praktikum. Tapi masa adea dulu kelas adea ada 12 orang jer. And semua perempuan. HEHE. 


Laptop and Handphone :


Kat matrik ni bukan macam sekolah dah, tak boleh nak bawak macam macam kan kat sekolah dulu. Kalau kat matrik ni bebas sikit. Laptop and Handphone dibenarkan. Laptop kalau nak bawak tak payah mintak kebenaran warden pun. Just korang kena daftarkan laptop korang kat bahagian HEP (Hal Ehwal Pelajar). Tapi kalau taknak daftarkan pun takpe. Its just a rules. Sebab ramai jer yang tak daftarkan. The most important things kat sini. Barang barang berharga kena pandai jaga kat sana. Especially laptop and handphone. Dah banyak sangat kecurian yang berlaku. So better be careful. Jangan terlalu mudah percaya dengan orang yang baru kita kenal. Belilah kunci locker or mangga untuk simpan barang-barang korang k. Kalau dapat roommate yang okay, okay lah. Sebab masa kat matrik dulu adea punya roommate memang semuanya baik, Alhamdulillah dapat kenal dengan dorang :) 

Wifi :

Wifi pulak bukan kat blok akademik jer. Kat kolej kediaman pun ada. Tapi kalau nak bukan laman-laman sosial such as facebook ni masa zaman adea dulu pukul 5petang keatas baru boleh guna. Sebab dia block. So, kalau before pukul 5 tuhhh korang Cuma boleh bukak laman laman akademik jelah. Blog? Rasanya boleh jugak sebelum pukul 5. Tapi tak berapa nak ingat lah. HEHE. Tapi tuhh zaman adea lah. Tak tahulah kalau rules tuhh dah takde. Kalau dah takde korang untunglah kan. HEHE. 

Cara pemakaian :

Masa zaman adea dulu, masa pendaftaran takde rules pun kena pakai baju colour or tak. Semuanya pakai baju bebas, as long as tak mencolok mata. Tapi ada jer yang mencolok mata. HAHA. Nasihat adea pakai jelah baju kurung. Nampak sopan sikit kan. HEHE. Waktu kuliah dan tutorial pulak memang diwajibkan untuk memakai baju kurung. Tak kesahlah kurung moden ker, songket ker. Yang penting Baju kurung ! HAHA. Kalau kasut pulak memang wajib bertutup. Warna pulak tak kesah. Warna selain hitam dan puteh pun boleh. Tapi ada jer yang pakai selipar. Tapi pandai pandai cover la. Kalau kat kulaih ramai jer pakai yang tak bertutup. Tapi jangan sampai Nampak dengan lecturer la. Kat tutorial ikut lect gak, ada lect yang amek berat tentang kasut, ada yang tak. So masa awal awal tuh jangan nak tunjuk belang korang. Ikut jer semua peraturan yang ada okay. Dah lame sikit tengok keadaan baru langgar satu persatu okay ? HAHA. Jahat pulak dah. Jangan ikut budak budak yang terjal kat sana. Pandai pandai jaga pergaulan kat sane okay. Jangan silap pilih kawan. Jangan silap pilih bf/gf okay ! HAHA 

Bilik tidur :

1 bilik ada 4 katil, tapi biasanya bila dah daftar semua nanti maybe 1 bilik cume ada 2 orang or 3 orang jer. Meja belajar disediakan untuk setiap pelajar. Meja belajar yang luas. Ada dua drawer. Ada 2 kipas syiling. Locker besi yang luas untuk setiap pelajar. Warna cadar pulak. Tak semestinya puteh. Warna warni pun available okay. Ni bukan asrama kat sekolah yer adik adik. Takde check pun tiap tiap minggu. So suka hati korang, korang nak hias bilik korang macam mane pun. As long as tak buat vandalisme. Senang citer bilik kat KMJ memang selesa.

Suasana :

Kat sana macam kawasan pendalaman sikit. KMJ tuhh kawasan kelapa sawit sebenarnya. Tempat dia pun macam kat area pekan bukan area bandar pun. Kat sana memang tade mcd. So sebelum datang KMJ pergilah mcd tuhh setiap hari ea bagi yang peminat setia mcd tuhh. HAHA. Kat sana yang ada cuma KFC, Watsons, Guardian, The Store, Pizza Hut, Coolblog. Yang lain lain, kedai kedai kain and kedai makan memang banyak kat sana. Oh ye ! Cendol kat pekan tangkak tuhh sedap okay ! Serius memang sedap ! HEHE. Kat sana kain semua memang murah murah. Kalau yang gila shopping nak beli baju raya pergilah tangkak k. HEHE. 

Kemudahan Awam :

Rasanya kemudahan awam yang ada setakat ni cuma mesin ATM tuh jelah. Memang ada satu jer untuk semua pelajar. So mmg kena beratur panjang panjang la kan. Lagi lagi kalau time elaun dah masuk. Pasal kerusi tuhhh adea tak pasti. Tapi kalau ada memang untunglah kan. Dapatlah korang bergosip kan nanti. HEHE. Nasihat adea masa nak g tuhhh bawaklah nota or assignment korang untuk mengisi masa lapang tuhhh. Tadelah rugi sangat tunggu lama lama kan :) Oh ye, pasal mesin basuh pulak, masa zaman adea dulu mesin basuh guna duit syiling. RM3. Tapi ada jugak yang guna duit kertas. Tapi mesin basuh tuhh always full. Beratur memang memanjang. HAHA. Tak tahulah sistem sekarang macam mane. Better prepare je awal awal k. Sebab ada jugak blok yang ada mesin tapi tak boleh nak guna. So, bawak duit syiling banyak banyak k. HEHE. Ohh yee, nak add on something. Permintaan dari adik Elynn Masri n kak Anah Ibrahim :)


Jawapan untuk persoalan kat atas nie. Fuhhh. Banyak jugak perkara yang adea tertinggal kan. Sape yang tak bace buat kali kedua mesti rugi ! HAHA. Okay, nak jawab persoalan adik Elynn Masri ni dulu. Kat sana tak wajib pun bawak lappy. Tapi kalau nak mudah bawak lappy laaa. Sebab nanti korang ada kelas English. Then kelas English tuhhh wajib untuk semua student. Dalam course tuhh ada kena buat soal selidik, brochure semua tuhh. Tapi kerja tuhh in group. So, kalau group member yang lain ada lappy tadelah wajib nak bawak lappy tuhh. Sebab most of assignment kat sana kena buat by hand writing. So sediakan testpad sebanyak yang mungkin okay. Lagi lagi subjek math, bisnes, and ekonomi. Memang terlalu banyak kertas nak buat semua tuhh. Sediakan fail semua tuhh okay supaya slide n nota tak hilang or tercircir kat mane mane :). Nasihat akak, kalau rumah korang dekat tak yah bawak dulu lappy tuhh. Eyhh, yang jauh jauh pun same jer jugak. Sebab minggu orientasi kan. Bahaya nak bawak. Sebab kita bukan selalu ada kat bilik. Lagipun permulaan semester ni tade guna lappy pun. Unless kalau korang ni kaki online kan. Ha, bawak laaa lappy tuhhh. Yang dah ada smartphone tuhh tak payah laaa bawak lappy dulu. Nanty hilang kang korang yang rugi. Bukan tade kes yang hilang laptop. So kalau nak online g topup then online guna phone jer okay. Mudah dan selamat. HEHE :)

Pasal iron pulak. Kat sana memang ada disediakan bilik iron. Setiap aras ada bilik iron. Setiap blok ada 5 tingkat. So, ada 5 bilik iron la kiranya. Dalam bilik iron tuhhh ada 6 iron. Tapi buka semua pun boleh guna kan. HAHA. Biasalah mane ade barang free yang tak rosak kan. HEHE. Tapi kalau korang nak bawak pun boleh gak. Untuk kegunaan korang gak. Tak payah tunggu turn panjang panjang kan. Iron kat bilik jer. HEHE. Tapi nak ingatkan ! Iron and heater sebenarnya tak boleh bawak kat kolej kediaman tuhh. So pandai pandai laaa korang nak sorokkan macam mane yer :)



Jawapan untuk persoalan Kak Anah Ibrahim pulak. HEHE. Firstly, tahniah untuk adik akak tuhh ye :). Kalau kat portal dah tulis macam tuhh kena ikutlah. Sebab mase adea dulu tade pun dia tetapkan etika pemakaian masa pendaftaran. Mungkin dia baru kuat kuasakan. Kat sana memang tak ramai yang guna mesin basuh. Dorang lagi prefer basuh sendiri guna tangan. Unless kalau betul betul tak cukup masa baru dorang basuh guna mesin. So basuh guna mesin yang disediakan bukan cumpolsary :). Cadar memang boleh pakai warna warni. Tak wajib pun pakai warna putih. Tapi kalau dah beli warna puteh tak salah pun nak pakai cadar puteh :).

Kat sana boleh jer bawak printer tapi tak guna sangat pun. Lagipun kat sana ada kedai printer. Tapi mcm biaselah kena bayar. Mahal sikit. Kalau nak bawak tuhh boleh. Tapi adea sarankan tak payah lah buat awal awal semester ni sebab most of assignment bukan type writing tapi hand writing. Kat sane pun ada kedai. Tapi kalau nak bawak printer nak buat bisnes pun boleh jer. Untuk kegunaan sendiri jugak kan. HEHE. Mesin ATM kat sane untuk BSN sahaja. Kat sana hanya ada satu mesin ATM kat luar dekat dengan pondok guard. Memang wajib ada akaun BSN sebab elaun tiap tiap bulan  akan masuk guna BSN. 

Kat sana kalau nak pergi stesen bus or pekan tangkak tuhh biasanya naik  teksi. Tak jauh sangat pun. Dalam 10min kalau naik teksi. Teksi biasanya kena caj RM6-RM8. Bergantung kepada pemandu teksi tuhh. Tapi biasanya RM6 jer dia caj. Kalau ada yang caj lebih lebih korang sound jer k ! HEHE. Kalau taknak naik teksi boleh tunggu bus kat bustop depan. Tapi jauh sikit. And agak lama jugak laaa nak tunggu bas lalu. Dengan sempitnya lagi. HAHA. Kena jalan kaki sikit nak g bustop depan tuhh. Kalau masa cuti panjang pulak senang sikit. Tak yah g stesen bus pun. Sebab biasanya bus akan masuk dalam and berhenti kat depan kolej Al-Khawarizmi (Blok F). Tiket pulak beli kat dalam jugak. Kat mini shop depan library. Kat situ ada jual tiket bas. Kalau cuti biasa yang pendek pendek bas takde masuk. Tiket jer boleh beli kat dalam. Tapi bus tak masuk. Bus tunggu kat stesen tangkak. Korang yang baca pasal bus ni mesti tak sabar nak balik kampung kan. HAHA. Masuk pun belum lagi dah excited nak balik kg pulak. Apelaaa korang nie. HEHE. Rasanya dah menjawab semua persoalan akak. Maaf kalau ada yang tertinggal. HEHE. 

Lastly, cara BERDIKARI :

Hidup kat sane cume setahun. Kat sane kalau kita salah pilih kawan kita memang akan hanyut. KAWAN adalah pengaruh yang paling penting. Sebab kadang kadang kawan sendiri yang buat kita down. Kat sane nnti mcm mcm jenis orang yang akan korang jumpe. Nasihat untuk korang JADILAH DIRI SENDIRI. BE YOURSELF:) Itu yang terbaik :) Jangan ikut orang lain. Sebab setiap orang tuh berbeza. Kalau dia tidur, online and texting jer kat dalam bilik tuhh. Biarkan dia. Tuh cara dia. Sebab pengalaman adea ade kawan mcm tuhh. Tapi dia still boleh dapat 3.8 above. Allah bagi dia kelebihan kat situ :) 

Conclusion and NASIHAT untuk korang. Kalau nak masuk matrik kene betulkan niat masing masing. Jangan pk nak cari gf/bf jerr. Untuk mase 1 TAHUN jer. Tak lame pun. Matrik bukan tempat untuk main main. MATRIK TAK SUSAH KALAU KITA BIJAK URUSKAN DIRI DAN MASA. Semuanya bermula dengan diri kita sendiri. Kuasai diri sendiri. Jangan biarkan orang lain kuasai diri kita. MASA ITU EMAS. Trust me. Buat keputusan ikut kemampuan diri sendiri k. Sebab kita je tahu sape diri kita :) Adea tak cakap matrik nie bagus sangat. Semua tempat lebih kurang same. Belajarlah kat mane mane sekalipun tapi kalau MALAS memang tak kan berjaya. Matrik tak susah mana pun. Jangan dengar orang yang cakap matrik ni susah. Yang cakap susah tuhh sebab dorang tak usaha gigih. Okaylah, tuhh jer yang adea nak share kat korang. kalau nak tanye pape lagi, tanye jer k. Adea okay jer. HEHE. TAHNIAH untuk sape sape yang berjaya dapat tawaran tuhh okay :) All the best okay :) 



55 comments:

Nur Atira said...

hoyeahh , bagus , cara explanation tu . akk pon ex kmj gak dulu . memang seronok blaja kat sane . pasal mesin basuh tu awak lupa terangkan eak .hehe . lagi best masa batch akk dulu , kmj jadi tuan rumah untuk kakom . memang seronok gila join . tapi macam biase kml memang no1 . kmj tetap no2. awak pn student acc ea dulu , mesti kenal dgn puan aisyah kan . sporting dia tu :)

cik adea said...

Nur atira :

aah laaa lupa nak terangkan pasal mesin basuh tuhhh. HEHE. Thanksss sebab ingatkan. Yup, kite dak acc. mmg kenal sangat dengan puan aisyah. Dia yang ajar kite sem 1 n sem 2 subjek bisnes. Memang spoting habis puan aisyah tuhh :)

Nurul Amanina said...

wow jelas dan lengkap! saya suka hehe :) saya dapat KMJ ni akak hihi. register 27 Mei ni hihihi

cik adea said...

Tahniah nur amanina ! :)

alya syakinah said...

thanks kak adea satu pnjelasan yg osem .hehe. kite pon dpt KMJ kos akaun.takot jugak sbb kite bkn pandai sgt .result spm bese2 je . agy takot bile ade kazen uh gagal kat matrik walhal die pandai gler kowt .pastu ade yg ckp matrik susa dpt u mse smbg ijazah t .nak tanye kalaw untok akaun pointer kne brape ek bru dkire bgos?

cik adea said...

alya sakinah : youre welcome dikk. for your information, result akak pun bukan bagus sangat pun masa masuk matrik tuhh. kawan kawan akak pun ada yang dapat 1A jer pun. tapi boleh masuk matrik. Rezeki Allah bagi kan. Kat matrik ni life dah macam kat universiti sikit. Bukan semua benda kita boleh tunggu lecturer nak bagi. bukan macam kat sekolah menengah, semua benda nak kena suap. kat matrik ni lain. jangan leka tuhhh yang penting. susah sambung ijazah ? susah sebab dia tak perform rasanya. jangan dengar pendapat dari orang yang pernah gagal jer. mmg bnayk yang negatif yang kita dgr. so kena rajin bertanya dgn yang brpgalaman jugak. sebb kawan kawan akak semua dapat smbung degree. dengan mudah. bukan pgglan kedua pun. kena ada usaha sebnarnyer. matrik ni shrtcut. so belanjar mmg kena struggle sikit. kalau nak enjoy jer mmg kelaut laaa nnty. kalau akaun student poniter 3.5 keatas dikira bagus. nampak mcm susah kan. but trust me. tak susah pun nak dapat 3.5 above. nak dapat 4.0 pun senang kalau rajin, usaha and doa. buktinya akak dua dua sem dapat 4.0 :) so jgn terlalu mrendah diri. takut nnty tuhhh semua jadi pnghalang umtuk kita berjaya :) GOODLUCK DIKK :)

Mimi said...

Salam kak. Kmj wajib pakai tudung tak?

farah izzati said...

salam kak . hehe . tengah ushar pasal KMJ ni jumpe blog akak . memang sangat2 membantu sebab ape yang saya nak tanye dah di tanya dan dah di jawab . hehe . terima kasih akak :)

bakal pelajar KMJ jugak ni . daftar 27mei . hehe , saya follow akak :)

ain gsc said...

akak nk tanye ni,,klau dkt kmj,ksut kulit/pvc brtumit blh pkai x?ke kna pkai yg takde tumit? :)
masa kuliah blh pkai ksut ap?

six siblings said...

MIMI : kalau dulu ada jer kawan akak yang free hair. tapi semenjak pengrah dah tukar dia wajibkan semua pakai tudung. tapi sekarang tak tahu laaa mcam mane :)

shahirah norashid said...

Salam akak..nak tnye... Hmm boleh ke pilih partner yg akn share blk ngn kite ? Ataupun mmg dah ditentukan oleh pihak kolej ?

cik adea said...

farah izzati : thank youuu sebab follow akak :)

cik adea said...

ain gsc : kalau bab kasut tuhh tak kesah nak pakai bertumit atau tak. tapi kalau nak bertumit pun berpada padalah ye. sebab kat sana kena banyak jalan. rushing sana sini nak kejar pergi ke tutor, ke kuliah. so akak sarankan pakai kasut yang selesa jer okay. kasut mesti bertutup. kalau tak pvc pun takpe :)

cik adea said...

Shahirah norashid : kalau partner, pihak kolej yang tentukan. kitak boleh nak pilih. kalau dapat yang okay bernasib baik lah. so, mula mula tuhh dont trust people so easily okay. Kena pandai pilih kawan kat sana. :)

shahirah norashid said...

Ok..tq kak adea. Blog akak sgt membantu .tq :-)

cik adea said...

same same shahirah :)

lumi shara jagat said...

haha adea.. lumi kan batch 2012/2014.. sebenarnya dah banyak berubah.. rules pun mostly banyak dilonggarkan.. dulu mula2 je ikut peraturan.. sekarang no more haha.. tapi rules baru kalau xsilap lumi masa outing akan dilimitkan.. -.- sedih3.. hehe

Anonymous said...

akak...boleh x klau akak tlg post kan gmba bilik kmj...

tima kasih..blog akak sgt mmbntu

cik adea said...

lumi shara : owhh yeke. tulah akak dgr dari kawan kawan akak pun rules dah banyak berubah. heheh. limitkan mcm mane tuhh ?

cik adea said...

sorry laaa dik. tade gambar laaa :)

Anonymous said...

kak nux tnya boleh ? yang kena stay hostel untk tahun first ja ka mcm u atau senior2 yg lain pwn ada ?

Sya Aira said...

salam kak,
comey sgt blog akak. terpikat rsenye. hehe. entry akak byk sgt membantu sbb apa yang sy nk tahu semuanya ada dlm blog akak ni. thanx a lot, akak! tapi ada satu yg sy nk tahu, mcm mane dgn kokurikulum ? sme je ke dgn time sk dlu ? mcm mane dijlnkan ? mohon explaination dr akak . plez !

Shasha Adel said...

Salam kak , saya pon bakal student KMJ . huhu . rase excited , tapi nervous ! bace je blog akak , banyak sangat informatin yg saya dpt tahu . thanks . :)

nadiahnafira said...

assalamualaikum,
thanks akak share about kmj (:
actually 27mei ni masuk KMJ ,
nervous sgt psl orientasi ><

hana said...

Akak adea pakai selendang boleh kan??

ain gsc said...

ow..thanks akak.. :)

cik adea said...

From someone :

pasal hostel mmg wajib kena stay hostel. dari mula korang dartar sampai laaa korang habis pengajian. mmg cumpolsary :)

cik adea said...

Syaa Aira : kalau kokurikulum tak same macam zaman sekolah dik. Kalau kat kmj ni kokurikulum satu hari jer dalam seminggu. Then bukan kita yang tetapkan. kita tak ley nak pilih. masa zaman akak dulu. Pihak kmj yang tentukan. Sebba aktiviti kokurikulum ni ikut praktikum. Satu sem jer kena amek. Sem lain dah tak kena amek dah :). Ada 3 aktiviti koko. J-robik, kawad kaki, and sukan :). Masa zaman akak dulu praktikum akak dapat sukan. Bola tampar :)

cik adea said...

Shasha adel : thanksss for reading dikk :)

cik adea said...

Nadia nafira : Wsalam. sesame dikk. All the best okay. :)

cik adea said...

Hana : yup. kalau tudung semuanya bebas. nak pakai selendang ker, tudung sarung ker. semua boleh. yang penting bertudung untuk menutup aurat :)

cik adea said...

Ain : same same dikk :)

mohd adha ismail said...

hai kak adea..akk pnye blog nie sgt membantu la..sy pon ade dpt kt KMJ nie..dengan ape yg akk share kt blog akk nie,semua persoalan yg ade kt otak nie,semua da dijawab oleh akk...hehe...sgt membantu kak...tengs sgt2~~~ hehe

Anonymous said...

Ermigerddddd!!! Your entry is sooooo freaking helpful. Tsk tsk. I've never been away from my house. This is the first time ever I'm leaving my house to study. Luckily, my kampung is there. THANK GOD. Haha. Thanx a lot. Thanx a lot for the infos. Really really really helpful. I love youuuu. Xoxo psssh~ ♥

cik adea said...

Mohd Adha ismail : hai adha :). youre welcome dikk :)akak cuma kongsi pengalaman akak untuk junior akak jugak. HEHE. Ni sahaje yang mampu untuk tolong korang semua. hehe :) All the best ye :)

cik adea said...

Anonymous : Firstly i love you too ! haha. Its okay. ramai yang kat san yang first time masuk hostel Jangan takutlah. Best life kat matrik sebenarnya. Just enjoy it. All the best dear :)

Anonymous said...

Nak tanya... Kat KMJ blh ke lelaki pakai kemeja yang ada corak mcm garis2 ?

Anonymous said...

Malam belajar x? Pastu sabtu ahad ngan ahad belajar x ?
Masa minggu orientasi buat apa ? Ada belajar x ? Kalau lelaki pakai apa masa minggu orientasi masa hari kedua ? Sorry kalau banyak tanya ? Blh ke lelaki perempuan study group sama2 ?

Anonymous said...

salam..akk..ur entry mmg membntu sgt2...sya nk tnye..adkh koko kat matrik akan mempengaruhi markah kite utk k u nnt???? trima kasih.... :)

cik adea said...

Boleh tak adea nak mintak korang letak name. korang ? senang sikit nak reply komen. ni tidak. semuanya anonymous. haha

cik adea said...

Anonymous said...
Nak tanya... Kat KMJ blh ke lelaki pakai kemeja yang ada corak mcm garis2 ?

Answer :
Boleh. nak pakai baju batik setiap hari khamis pun boleh. takde masalah. yang penting kemeja, berkolar :)

cik adea said...

Anonymous said...
Malam belajar x? Pastu sabtu ahad ngan ahad belajar x ?
Masa minggu orientasi buat apa ? Ada belajar x ? Kalau lelaki pakai apa masa minggu orientasi masa hari kedua ? Sorry kalau banyak tanya ? Blh ke lelaki perempuan study group sama2 ?

Answer :
Dik, ni matrik. Bukan ASRAMA PENUH. Hehe. Kat matrik ni takde waktu prep macam kat sekolah dulu. Suka hati adik nak belajar malam or tak. Nak belajar pagi pagi buta pun takde sape nak halang. Semuanya terpulang pada diri masing-masing. kat sane bukan macam hostel. ada waktu prep semua tuhh. kita kena arrange masa kita sendiri. Sabtu and ahad takde kelas. Nak belajar kat bilik ker, kat luar ker bilik ker. semuanya terpulang. kat sana takde bilik study. dalam bilik tuhh lah bilik tidur dan bilik study. dia ada sediakan meja study kat sana. So its all depends on you. ikut kesesuaian adik nak study waktu bila. Kat sana perempuan and lelaki boleh study same same. tapi bukan dalam bilik sendiri la yer. haha. boleh study kat library, kat luat koridor, kat masjid. kat sane ada disediakan meja belajar untuk student. Kalau waktu orientasi pulak kena pakai baju yang dia sediakan. nanti waktu pendartaran dia ada bagi 2 helai t-shirt kolej :)

cik adea said...

Anonymous said...
salam..akk..ur entry mmg membntu sgt2...sya nk tnye..adkh koko kat matrik akan mempengaruhi markah kite utk k u nnt???? trima kasih.... :)

Answer :

wslam. dik. thanksss untuk pujian tuh. hehe. koko kat sana wajib. cumpolsary. setiap sorang mesti kena amik. pada akak ianya tak berapa nak membantu sangat. sebab akak dulu amik 1 jer yang diwajibkan. tapi dapat masuk UKM jugak. yang penting kat sana pointer. pointer kena tinggi kalau nak masuk uni :)

Afiq Azis said...

as salam, saya pun dpt KMj,, nak tanya,, utk lelakii boleh tak kalau xpakai seluar slack? nak pakai seluar hitam yg kain dia mcm kain seluar skolah mnengah tu boleh?? hoho **xpernah pakai slack,, so little bit weird

cik adea said...

Afiz Azis : Wslam. boleh jer dik. Its okay. As long as bukan pakai jeans. Kalau nak pakai jeans pun pandai pandai cover. Kawan kawan akak dulu pun ada jer pakai jeans hitam. pandai pandai ocver laaa. kalau kuliah okay jer. Time tutor laaa susah sikit nak cover sebab dalam kelas sikit orang jer. :)

Anonymous said...

Akak ada x account utk wifi ? Palau Adam say naked blh ? Saya Cuba buat tapi x blh

cik adea said...

masa orientasi mmg tak boleh nak connect lagi. lepas mmgu orientasi. dia akn bagi num id matrik and password id.

thisyounggirl said...

Akak sy intake KMJ for this year , hermm jut asking kalau ke kuliah , besides kene pakai baju kurung , kalau jubah or long dress or blouse and skirt bolehh tak ? Tapi still bukan seluar . Harap akak reply yee , curious nak thu , thanks :)

Anonymous said...

Salam , kak adea . boleh cite tak orientasi dia mcm mne ? Masih berfikir utk msuk kmj atau tidak . Huhu

Anonymous said...

Hi, kak adea. Outing tu mcm mane? Ade x benda mcm curfew bg outing? :)

cik adea said...

to @thisyounggirl :

Hi dear. Firstly sorry for late reply. Masa zaman akak dulu memang boleh. Takde masalah nak pakai baju kurung ke, jubah ke, kain ke, maxi dress ke. As long as tak over dress up mengalahkan lecterur. Tapi yang pasti student melayu tak boleh pakai skirt pendek ye sayang. Skirt panjang only dibenarkan. Tak silap akak since last year student melayuislam diwajibkan pakai tudung sebb pengarah kolej dah bertukar. So ALL THE BEST YE. Hopefully akak menjawab pertanyaan awak ye :)

cik adea said...

Soalan :

Anonymous said...
Salam , kak adea . boleh cite tak orientasi dia mcm mne ? Masih berfikir utk msuk kmj atau tidak . Huhu

Jawapan :

Orinetasi ye? So far rasanya setiap tahun orientasi berbeza sbb lain fasilitator kan. Tapi akak boleh je cerita pasal orientasi secara overall ye. Kalau orientasi ni masa mmg pack giler. Dari pagi sampai petang mmg takde rehat. Sebelah malam pulak kena dengar talk. So kena siapkan diri dari segi fizikal dan mental ye. Sebab masa orientasi ni akan ada banyak tips yang akan di berikan. so kena take note semua tuh ye. ALL THE BEST tau !

cik adea said...

Soalan :

Anonymous said...
Hi, kak adea. Outing tu mcm mane? Ade x benda mcm curfew bg outing? :)

Jawapan :

Hai dik ! :). Kalau pasal auting tuh, dia ada masa tertentu. ikut minggu. Minggu lelaki dan perempuan tak sama. Contohnya minggu ni minggu lelaki,perempuan tak dibenarkan outing. And kalau minggu ni minggu perepuan, lelaki tak dibenarkan keluar. Kalau pasala curfew pulak depends on attitude kita. Contoh kalau ada buat kesalahan disiplin ke mmg dia akan buat curfew. Hopefully mejawab persoalan awak ye :)

Anonymous said...

Akak . Ada wechat tak ? Nak tanya akak beberapa soalan . Saya dapat matriks tangkak

cik adea said...

Ada. Wechat id : cik_adea